Saturday, March 26, 2011

digi postpaid promotion

heyya, salam semua

yana baru balik, keluar pergi beli kain baju untuk abang ziq punya wedding. pergi dengan tok, akak, and abang joe. ye, kain kami dah beli dan sangat cantik sekali. :) tok punya pun ada tau. balik tu, singgah kedai kejap, minum2, wah! tok macam golongan muda-mudi ouh minum2 malam2 macam ni. hikhik. and, masa minum2, yana macam teringin sangat kerang bakar. and akak pun order la. ouh tidak, yana tak boleh berhenti makan. yana ambil kerang2 tu tanpa henti -.- yana tak lapar pun sebenarnya, sebab sebelum keluar tadi dah makan, akak beli RADIx fc ouh. huhu! tak perlu dah nak pergi kedah untuk makan radiz fc :) and, yang pasal kerang tu, last2 yana yang habis kan. sebab yana tak senang hati selagi nampak ada kerang dalam bakul tu. urgh! haha. scary kan bunyi nya? :P
okay tak, sebenarnya bukan la yana nak cerita pasal tu pun, yana sebenarnya nak tunjuk sesuatu, biar pun dia macam dah nak expired, but still, masih ada harapan lagi untuk sesiapa yang menginginkannya. grab the chance peeps :)




hah! nampak en, ala, pergi tengok terus dekat digi website. postpaid plan. ouh tidak, the white one is my dream one. urgh! tahun ni, tengah tahun, pasti akan! ye yana, berusaha!
tapi malangnya, dia akan berakhir on the 31st of march. sedih. promotion tu actually, on the first 6 months, kita akan bayar hanya 20 sahaja. ini apa yang yana faham la. minta maaf kalau salah, tapi korang boleh la pergi melihat sendiri dekat website dia okek? :)



dan ini? ini ialah wishlist yana untuk tahun ni. amin amin, semoga berjaya yana memilikinya :) i am so in love with the white one lah, nak nak pula pakai silicone warna yang macam ceria riang gembira, warna pink ke (tapi macam yekyek sangat, okay, tak nak lah) hijau ke, macam pucuk pisang tu, eh, macam lime lah, lepas tu, warna kuning ke (naik ke kalau warna kuning?) warna biru ke. ouh nice gilaaaa. tapi yana paling suka kalau warna hijauuu. ada seorang kawan yana pakai. cantik sangatttt.




ha, tengok tengok, cantik kan? ni kawan yana punya, warna hijau tu, yang warna biru, encik kekasih dia punya. please yana please, berusaha la supaya dapat ituuuuuuu. okay dah. nanti over. bye! :)

terima kasih tok, yana kenyang

heyya, salam semua

so hari ni yana tolong akak buat wedding kek 3 tingkat, kena hantar dekat town hall, ala, depan stsen keretapi ipoh tu, tahu kan? ha, dah la berat gila ouh, kalah berat raisha (10kg) yana terpaksa riba la kek tu, akak pula drive. nak yana drive? ahai, memang tak sampai la kan. hoho.
actually, yana baru lepas makan tengah hari dengan akak dengan tok. kenyang gilaaaaa. apa menu tengah hari ni? tok masak sambal udang, sayur lemak pucuk, dengan ikan goreng. ikan goreng ialah favourite yana, tambah2 lagi kalau rangup2 tu, krap krup makan, uwahhh, nikmat gila. haha :P ouh, and tadi, ikan goreng tu macam tu la, boleh krap krup bunyi nya. huhu! hari ni, udang nya kecil kecil je, comey je, ikan goreng pun sama, kecik je. hihi. okay tak, bukan nak comment, tak kisah pun tok masak apa, sedap sangattttttt tok. terima kasih. kesian tok, kitorg buat kek pagi tadi, tak tolong tok pun dekat dapur, minta maaf tok :( tok penat. tok dah macam mama kitorg dah. kan kan? tok ganti mama :') terima kasih lagi tok. *eh, entry ni macam khas untuk tok pula :), sekali pun tok memang takkan mungkin baca*

sebenarnya nak cakap, semalam, yana sampai ipoh, dalam pukul 415pm macam tu, so amik yana terus nak pergi beli kain untuk kenduri abang ziq nanti, dalam kereta ada yana, akak, kak liza, dengan raisha. mula2 tengok dekat riamoda, okay, ada juga yang berkenan, cantik2, ouh, macam nak semuaaaaa please? :) hihi. okay, ni macam nak survey2 je, then pergi la kamdar, kamdar macam tak de yang menarik sangat, ala, cuma cukup syarat je asalkan pergi tengok dekat semua kedai pun. haha :P then, pergi greentown mall, ada nagoya sekali, pergi la melihat-lihat. ada uncle tukang potong kain tu sombong gila, rasa macam nak pukul tampar je dia. ceh! orang tanya elok2, jawab la elok. tak suka betul uncle tu. ouh, then dah habis tengok, kitorg cepat2 balik, tok ada buat bubur kacang hitam? pulut hitam? ala, tak ingat dah namanya apa :( sorry. tapi lebih kurang macam tu la. tok cakap, tok buat sebab yana balik je, kalau tak tok tak buat :') tok selalu, bila yana balik, mesti tok buat sesuatu untuk yana. semalam juga, masa makan malam, ada ikan terubokkkkkkk! ya Allah, nikmatnya makan, sedap sangat, siap ada air asam. nom nom nom. sedap sangat okay, tak tipu. ikan terubok bakarrrrrr. tok memang terbaikkk. sayang tok! tok cakap, ikan terubok mahal, seekor RM50++, tapi akak beli juga sebab yana balik. huuu, terharu sangat. bila yana balik, macam2 ada :') terima kasih semua, yana sangat menghargai mempunyai sebuah keluarga yang iniiiii :')
lagi sekali, sebenarnya nak cakap, semalam punya besar2 menu nya, ye la, maksudnya ikan tu la, hari ni punya, semua nya kecik2 comel je. hikhik. tak kisah sesimple mana pun lauk di rumah tu, tetap dia adalah yang paling sedap. sebab makan dekat luar sangat jemu dan bosan dan tak berkhasiat. yana dah boringgggg makan makanan dekat seksyen7 tu. jadi, bila balik rumah, yana macam rinduuuuu sangat masakan rumah. minggu ni balik, wooohoooo, bahagia sekali. terima kasih tok. semalam makan, samapi pagi ni kenyang. betul ni, tak tipu. mesti tok masak penuh kasih sayang, dan keikhlasan kan? sebab tu yana bahagiiaaaaaa bila lepas makan :') terima kasih lagi tok. betul la, tok macam ganti mama kan?
tok mana boleh buat kerja banyak2, berat2, tok mana la larat sangat dah kan tok. tok banyak berehat je la. sekarang tok tengah rehat dekat bawah, baring. kesian tok, penat. tok rehat2 banyak okayy. tak payah la buat kerja berat2 sangat. hum, nak tengok tak tok yana? hihi. tok yana comel okay, tok yana suka makan gula-gula nano nano. hihi.

tengok tengok, manis kan tok senyum. hihi :)

okay dah, yana mengantuk, nak tidurrrrr sebab dah kenyang. selamat tengah hari semua. bye bye

Thursday, March 24, 2011

abgziqpunyawedding

heyya, okay, sekejap je sedih, sekarang tak dah. dah gembira sikit. ini entry cepat, tak payah nak beremoticon bagai kan? so actually, ini entry buat abang sayang. abang sayang? abang sayang abang haziq, dear brother, my only brother. ye, yana jarang bercerita kan tentang dia? jarang sama sekali. dia duduk jauh, okay, salah, tak berapa nak jauh, kelantan je. dia kerja dekat sana. minggu lepas, tanggal 17032011, dia telah selamat bergelar suami kepada suhaini ali, dengan sekali lafaz. tahniah abang ziq! dah bergelar suami orang, banyak tanggungjawab, kerja rajin2, jadi suami yang baik, dan yang pasti, mesti jadi abang yang BAIK HATI dan PEMURAH okay? hadiah hari jadi yana boleh up sikit since dah ada sorang lagi boleh topup hadiah. okay? thanx bro! :)
okay dah, so abang haziq, ini entry khas okay untuk abang ziq. pindah la ipoh, nak tak? nanti senang kita nak gather2, abang ziq duduk kelantan jauh sangat la, nak suruh balik selalu pun macam tak sampai hati, dan juga, risau. suruh la kak su pun cari kerja dekat ipoh.
ini sesuatu yang mungkin abang ziq tatau, kitorg, akak, kak liza, abg joe, abg heikal, tok, yana, kitorg semua sayang abang ziq okay. ouh, terlupa seseorang, cecomey raisha *dia cuma takut sikit dengan abang ziq sebab jarang jumpa je, cuba la balik selalu, nanti mesti dia nak je dengan abang ziq, raisha notty, dia macam lebih suka orang lelaki -.-'*jangan kata kitorg tak sayang tau. yela, abang ziq mana tau, abang ziq jauh.
yana minta maaf tak sempat nak samapi masa abang ziq akad nikah. kejap lagi yana nak upload gambar, tapi boleh tak yana tak nak upload gambar abang ziq nikah? sebab yana tak de -.-' aci kan? okay dah. hum, alhamdulillah abang ziq tak apa2 kan masa malam lepas abang ziq akad nikah. tak pe, dugaan je. syukur semua selamat. okay, pada hari persandingan, yana macam risau la semua orang macam tak siap, takut lewat, abang ziq pun tak pakai make-up apa pun, tak, bukan maksud make-up bagai, tapi macam bedak ke apa ke. kesian abang ziq. comot sikit. okay tak pe, handsome sikit. tapi kan, kalau macam dulu, lagi handsome. kena kurus sikit la abang ziq :)
masa kita semua dah gerak dari rumah kan, yana macam tak rasa pape pun. tapi bila dah sampai petronas tu, rasa macam, sedih. tatau la sedih ke apa, mungkin terharu dan ada gembira juga. yana tengok banyak2 mini cooper beratur, nak convoi. yana hampir menitiskan air mata tau. baru yana rasa macam abang ziq sebenarnya dah bergelar suami orang. sekarang abang yana, yana kena kongsi dengan orang lain lah. okay, sekarang berbunyi macam yana sayang sangat abang ziq kan? ye, memang sangat sayang. mungkin tak berkesempatan untuk tunjuk je :') masa dalam kereta on the way nak pergi rumah penganti perempuan, yana tahan tau air mata, karang kak liza, akak, abang joe bahan yana kang kenapa tiba2 menangis. so, perlu berlagak macho di situ. hoho :)
sesampai rumah pengantin perempuan, semua angkat hantaran, yana macam, um um, abang ziq berarak masuk, yana masih lagi bertahan dan macho, bila time abang ziq bersanding. oh my god. tak percaya la abang yana sedang bersanding. ye, yana perlu menerima hakikat abang ziq sudah kahwin, and yana sedihhhhh, dalam masa yang sama, yana gembira untuk abang ziq. alangkah bagusnya kalau mama dan ayah dapat tengok kannn? abang ziq yana paling nakal dan satu2nya lelaki dalam family kita sudah bergelar suami orang lahhh. hum, mesti mama dengan ayah gembira. okay dah, tak nak cakap banyak. sekarang berasa sedih, sebak dan ingin menitiskan air mata. fuhh! bertabah yana. senyum! :) :) :)

*kembali tenang* sambung tapi kita pendekkan. so, bila dah habis bersanding makan semua amik gambar, kitorg pun dah nak balik, yana gembira yana ada gambar dengan abang ziq. ye, gembira sangat. bergambar dengan pengantin lelaki, dengan abang sayang. gambar tu kita sangat gembira okayy, tapi ada ain sibuk pula dalam gambar tu pula. haha. okay2, kidding. okay dah, penat dah cerita. ini entry khas untuk abang ziq okayy. hargainya tau. i love you abang! :)

kami adik abang yang gembira dan ceria kan :)







okay dah, itu je :) cukup lah kan? jika mahu, boleh layari facebook yana. abang ziq, semoga menjadi suami yang soleh ye? bai bai ;)


berkecil hati

bukan senang untuk puaskan hati semua orang. sedih, sangat sedih. bukan yana tak nak, tapi yana tak boleh. tolong la faham. bukan yana sengaja, bukan yana minta. yana kena ikut orang lain juga. takkan orang lain yang kena ikut yana. sedangkan semua orang buat kerja, yana pergi sesuatu tempat? gembira? yana sedih bila korang mengeluh dekat yana. bila macam ni, korang pun marah2, mengeluh, yana pun jadi tak gembira, sedih dan tak de mood juga. yana buat kerja, grouping untuk final, nak tolong untuk individual nanti, senang sikit. jangan la macam ni. yana cuma lewat sikit je, tapi kalau dah tak boleh, tak pe la. kita tak payah la buat apa yang kita plan tu. memang yana yang plan pasal tu, tapi nak buat macam mana. yana minta maaf kalau korang marah yana. ikutkan hati, memang yana rasa macam malas je nak pergi group discussion tu, tapi bila fikir, yana nak juga ilmu tentang apa yang diorang bincangkan, input untuk final nanti, tolong diorang. yana jadi serba salah. tolong la jangan macam ni. sebenarnya, dah banyak kali yana susah hati tentang perkara macam ni. yana rasa tak senang hati. korang macam kadang2 mungkin terlupa, yana ada juga kerja nak kena buat, walaupun bila kita bersama. dan bila yana nak buat kerja, yana rasa macam tak boleh. bukan maksud yana macam yana sorang je ada kerja, tak. tapi kadang2 yana rasa macam tak de masa nak buat kerja. kalau dekat sini, ye, kadang2 yana pun nak juga bergembira macam orang lain, berseronok, keluar. yana pun bukannya selalu pun keluar. paling banyak pun, 2 kali sebulan. jangan la menyindir, marah atau perli yana bila yana keluar. memang yana ada banyak kerja, tapi sekurang2nya, yana perlu juga keluar, untuk berasa tenang sikit, tambah2 lagi sekarang dah nak final, yana ada banyak kerja, tak macam masa awal2 sem, relax sikit. yana semakin tertekan sekarang. bukan la maksud yana dekat sini, nak cakap pasal diri yana, suruh korang jaga hati yana je, ikut yana je, tak, tapi sekurang2nya, yana masih belajar, yana jauh dengan korang, sesekali bila berjumpa, call, jangan la cepat sangat nak marah2, perli2 yana ye? yana sedih.

Sunday, March 13, 2011

cubalah untuk senyum

i was so damn excited like heaven yesterday and suddenly it turned up to, frustrated i guess, today. more like, tersangat sedih and sebak. but, at least, ada sedikit gembira juga. it's okay, there will always be next time yana. smile please.

the moral of the story,
'jangan terlalu berharap kepada sesuatu yang tidak pasti, walaupun ianya HAMPIR pasti'

Saturday, March 12, 2011

hari yang boring

heyya,
hari ni boring. kenapa hari ni boring? tak de aktiviti boleh buat, tak ramai orang dalam rumah ni, malas nak pergi beli makanan walaupun tadi dah turun bawah pergi beli shampoo dengan shower gel, internet rumah macam terkemut kemut lambat yang kadang kala tak ada juga, nak buat kerja tapi tengok2 file nya dah hilang tak tahu pergi mana dan tak ingat sama ada, ada save ke tak sebenarnya, nervous sebab hari isnin ada presentation, sedih juga sebab tak dapat balik minggu ni http://www.emocutez.com

kenapa boring lagi? sebab dah lama tak hang out, hang out dengan girfriends and encik kekasih. boring sebab dah lama tak pergi cuci mata melihat barangan yang macam nak beli, tapi kadang2 tak beli pun, boring lagi sebab bilik ni lampu dia rosak, tak boleh nak menyala, nak tukar bulb tak boleh, sebab tak de sorang pun rumah ni yang ketinggiannya mencukupi untuk menukarkannya and dah hampir 3 bulan duduk dalam gelap, lihatlah betapa boringnyaaaaa http://www.emocutez.com benci lah.

ada lagiiii, sebab laptop yana tak banyak lagu yang gembiraaa. langsung pun tak ada, boringnyaaa. lagi, sebab laptop yana tak ada game. walau satu pun, boring lagiii http://www.emocutez.com ishh, walaupun yana tersangat la nak tahu apa yang orang2 yang pergi cc main, and install sekali dalam laptop yana, tapi tak pernah buat pun, boring la yana niiii. movie? another boring thing about this laptoppp, selalu kata nak ambil dari housemate sini sana la, tapi tak pernah ambil punnnn. seee. boring story lagi from yana, and sekarang tersangat lah boring melihat laptop niiii. game tak de, music tak de, movie pun tak adaaaaaa. not a single one pun http://www.emocutez.com and sekarang hanya dengar hitz.fm online-ing jeeee.. nasib baik tak boring sangattt. lagu pun ada yang gembira sikit laaa.

boring lagi sebab tak ada banyak baju jalan, tak banyak shawl, tak banyak seluar, tak banyak kasut, tak banyak accessorieessssss. fuhh, lihatlah apa terjadi kalau boring, dia boleh bebel macam2 mengenai satu tajuk pun. betapa boring nya hari niii. boringg boringg boringgg http://www.emocutez.com yana ialah seorang yang pemboringggg. hari ni je la tapi, hari lain, yana seorang yang tak pemboring langsungggg.

lagi satu boring, sebab encik kekasih ada event hari ni jadinya tak boleh nak mesej sebab dia sangat busyyy. okay fineeee. malam? malam la event sebenar dia, dia ada dinner di KLIA tak ingat la dinner untuk apa tapi dia kena handle. alaaa, boring laaaaaaaa http://www.emocutez.com okay dah habis.

esok? esok tak boringg. tak kan boring, tak mungkin boring, yeah! yana sukaaaa. suka sangat. tak sabar nak tunggu esok. esok, please datang cepat, dan menggembirakan la yana please? http://www.emocutez.com nervous nervous. haha. okay, bye! tamat cerita boring

Friday, March 11, 2011

sudah 5 hari berlalu lahh

heyya,
guess what, dah 5 hari la 6/3 berlalu, which means, yana sudah 21 tahun 5 hari. terasa macam ala2 muda mudi remaja yang nak kedewasaan http://www.emocutez.com haha. maafkan tatabahasa sedemikian, adalah lebih baik sekiranya kamu berjinak-jinak dengan tatabahasa yana okek?

so, selepas 5 hari, hanya beberapa birthday present sahaja yang yana dapat. alaaaa. kesedihan sikit laaaa. macam mana niiiii. tak pe la yanaaaaaaaa. boleh cuba lagi tahun depan -.- okay, kepada sesiapa yang memberi, thank you soooo muchhh, mucho gracias peeps. huge, squishy hug, messy, smudgy kisses for y'all http://www.emocutez.com hikhik. *sudi menerima?

okay, apa la yang yana tersangat tunggukan ialah, birthday present form brothers, and sisters yanaaaa. ho my la goddddd. nervous sekali. tak banyak kali pun. i smell something fishy la kakak dan abang, sniff sniff http://www.emocutez.com hahaa. not so fishy la, sebab dia macam gembira juga. ya la, yana dah tahu dah dapat apa, cuma tak tahu yang macam mana. kan kan kan? betul kan yana teka? alaaaa, kacang je nak teka surprise komeeee. cewah cewah, bercakap dalam nada berlagak tuhhh *kome=korang, ini ialah bahasa orang perak tau tau?

seterusnya, menunggu serta menanti hadiah daripada encik kekasih http://www.emocutez.com <--- ini bermaksud terapung-apung dalam kegembiraan. ye laa, tak berjumpa lagi la since tersangat la banyak kerja serta presentation yang perlu ditakuti, oleh yang demikian, perjumpaan bersamanya masih boleh ditangguhkan. mungkin, ahad ini? wooohooo, nervous untuk menerima hadiahhhh. hahaha. jangan lupa hadiah yana okek, encik kekasih? http://www.emocutez.com *kenyit2 mata sikittttt

sepatutnya, yana balik minggu niii, balik ke rumah tersayang bersama keluarga yang menyayangi. hihi. tapi apakan daya http://www.emocutez.com kak liza tak balik, jadi yana pun tak mau la balik, duduk sini je. ada intan, una, dengan anis je la. esok? mari kita berusaha buat kerja bersama okek? jangan jadi pemalas yana, berusaha! hiyahhh! okay dah, mahu mandi, berasa sakit kepala sangat dan perlu berehat. see ya again lovely. bye bye

Friday, March 4, 2011

he heard me, Alhamdulillah

Alhamdulillah, itu la perkataan pertama yang yana nak cakap. Alhamdulillah, Dia dengar rintihan yana. beberapa ketika tadi, pipi dibasahi dengan air mata kesedihan, dan beberapa minit kemudian, pipi ini dibasahi dengan air mata kegembiraan. kenapa? ye, yana dapat mesej daripada kawan yana, yang mengatakan, presentation serta submission ditunda kepada hari khamis. Alhamdulillah. itu je yang mampu yana ucapkan. tak dapat nak digambarkan betapa yana gembira sangat. syukur, yana dapat bersama keluar hujung minggu ni, dan apa yang paling gembira is that, i don't have to celebrate my 21st birthday alone AGAIN hereeeeee, i have my family with meee. hooorayyyy!

ouh my ouh my, tak sabar rasanya untuk menunggu hari ahad. hikhikhik http://www.emocutez.com ye, tiada lagi kesedihan mahupun tangisan daripada yana. yana kini gembira laaaaa. (aha, ayat dekat atas tu, punya la bernada sesuatu, sepertinya macam keinsafan serta kesucian, tapi ayat yang ni....?) alaaa, kan sekarang dah gembira, tamau la ingat yang sedih. i just cant wait to be home lah yo! i miss you home, i miss each and everyone yang dekat rumah pun laaaaa.

since yana tidak lagi sedih, errr, wanna update beberapa lagi tentang sesuatu. huhu! mari la melihat, ayuhhh!

i want a new spectaclessssssss
okay, tak nak cakap banyak pasal spectacles, malas juga nak cari gambar yg menarik, since line internet rumah yana terkemut-kemut, menyakitkan hati -.-. last but not least, sesuatu yang mungkin menarik lebih perhatian, iaituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu,


cantik kan? macam comel gila. i want one tooooooooo! i want bb, mustahil tak? *it's ira's and her boyfie's, pinjam gambar mereka punya*
i want a bb. okay fine, kalau tak de orang nak bagi pun, errr, i'll used my own moneyyyy. hoyeahhh! *lebih berkobar-kobar untuk bekerja semasa cuti 4 bulan nanti, um!*

so, thats the end of my birthday wishlist. bukan la bermaksud kita sangat mengharapkan kan, cume, sekadar berkongsi dengan semua, betul kan? apa2 pun, yana tak sabar nak balik ipoh. yippeeee. esok kena bangun awal pagi untuk menyiapkan project, seterusnya submit, dan berehat! babai

Thursday, March 3, 2011

please be nice monday

i wanna go home so damn badly. i miss home, i miss family, i miss ipoh.

felt like crying, there's no way i could be there in ipoh for my 21st birthday since, on monday, yana ada presentation. a group presentation which carries 20% of the final.

last year, i celebrated it alone (it was fcuking sedih gila) and suddenly, in the middle of the night, akak called, and   they (akak, kak liza, abg joe, abg heikal) sang me happy birthday song on the hp. and apa lagi, yana nangis la. nangis gilaaaaaaa. dalam tengah sedih2, diorang call, nyanyi, lagi la buat yana sedih, sebak, sayu, rindu but at the same time, happy sikit.
this year? please, jangan la berulang lagi, please la somebody contact pn masbiha and suruh buat kelas digital media on monday, so that the presentation boleh dipostpone kepada khamis. i felt like crying now, serius shiet!

one thing for sure, I WANT TO BE WITH MY FAMILY ON THE VERY SPECIAL DAY OF MINE!

Tuesday, March 1, 2011

5 days left lah yo!

heyya,
it's tuesday, 1st of march 2010, 5 days left, and im going to be a, err, what shall i say? a lady!? haha. well, that's funny nanny nanny poo poo yana. you'll never be a lady i guess. 6th of march, you'll turn 21st! ouch, well, dah 21 tahun lah *almost quarter  decade, woww, that's scary -.-*  but who cares http://www.emocutez.com still, im the teeny weeny one's, yana. cheeky2 yana. hihi. so, there's so many things i'd wished for, for my 21st birthday, *ya la, orang asyik cakap, bila dah turn 21 ni, dia macam special sikit kan, wah! http://www.emocutez.com but i know, there's no such thing yang yana akan dapat pun. daydreamer yah yana. 'hoi! peduli apa, i'm just listed what i want for, mana tahu, tiba-tiba dapat, wow! it would be the biggest hang-bao in the whole wide world, i mean, for me la* haha. tapi, kalau tak dapat? huu, kesedihan juga sikit, tapi, huhu, better luck next time yana. hahaha http://www.emocutez.com *masih mengharap tu* please, at least one? boleh? akak, hear me? will you? please? perhaps, the first one? um? *mata kelip-kelip, sambil berair, mengharap simpati*
hum, there's some more lah yang i'd wish for. can i can i? can i share with you? say yes, pleaseeeee.
ouh, okayy, thank you. hikhik. you're the best! nah, ambil ni, *smooch smooch. hikhik http://www.emocutez.com *flying in the air

hah, apa ni apa ni? sila ke gambar yang berikutnya

ouh mannnn, it's a polaroid! gilaa! i want it so much smooch smooch. haha -.-'

shiet, see, it's written there, 'surprise'. gila laaa, anyone anyone? polaroid for me? -.-'

 huwaaa, if only i could have one, that will be so damn great yo! saya takkan kedekut dengan awak semua, kita boleh bergambar bersama http://www.emocutez.com
okay, let's stop all this nonsense, yana ada test malam ni, mahu study yo! see ya again, for the next birthday wishlist -.-' i am not too demanding kan? haha. okay, bye!