Thursday, March 24, 2011

abgziqpunyawedding

heyya, okay, sekejap je sedih, sekarang tak dah. dah gembira sikit. ini entry cepat, tak payah nak beremoticon bagai kan? so actually, ini entry buat abang sayang. abang sayang? abang sayang abang haziq, dear brother, my only brother. ye, yana jarang bercerita kan tentang dia? jarang sama sekali. dia duduk jauh, okay, salah, tak berapa nak jauh, kelantan je. dia kerja dekat sana. minggu lepas, tanggal 17032011, dia telah selamat bergelar suami kepada suhaini ali, dengan sekali lafaz. tahniah abang ziq! dah bergelar suami orang, banyak tanggungjawab, kerja rajin2, jadi suami yang baik, dan yang pasti, mesti jadi abang yang BAIK HATI dan PEMURAH okay? hadiah hari jadi yana boleh up sikit since dah ada sorang lagi boleh topup hadiah. okay? thanx bro! :)
okay dah, so abang haziq, ini entry khas okay untuk abang ziq. pindah la ipoh, nak tak? nanti senang kita nak gather2, abang ziq duduk kelantan jauh sangat la, nak suruh balik selalu pun macam tak sampai hati, dan juga, risau. suruh la kak su pun cari kerja dekat ipoh.
ini sesuatu yang mungkin abang ziq tatau, kitorg, akak, kak liza, abg joe, abg heikal, tok, yana, kitorg semua sayang abang ziq okay. ouh, terlupa seseorang, cecomey raisha *dia cuma takut sikit dengan abang ziq sebab jarang jumpa je, cuba la balik selalu, nanti mesti dia nak je dengan abang ziq, raisha notty, dia macam lebih suka orang lelaki -.-'*jangan kata kitorg tak sayang tau. yela, abang ziq mana tau, abang ziq jauh.
yana minta maaf tak sempat nak samapi masa abang ziq akad nikah. kejap lagi yana nak upload gambar, tapi boleh tak yana tak nak upload gambar abang ziq nikah? sebab yana tak de -.-' aci kan? okay dah. hum, alhamdulillah abang ziq tak apa2 kan masa malam lepas abang ziq akad nikah. tak pe, dugaan je. syukur semua selamat. okay, pada hari persandingan, yana macam risau la semua orang macam tak siap, takut lewat, abang ziq pun tak pakai make-up apa pun, tak, bukan maksud make-up bagai, tapi macam bedak ke apa ke. kesian abang ziq. comot sikit. okay tak pe, handsome sikit. tapi kan, kalau macam dulu, lagi handsome. kena kurus sikit la abang ziq :)
masa kita semua dah gerak dari rumah kan, yana macam tak rasa pape pun. tapi bila dah sampai petronas tu, rasa macam, sedih. tatau la sedih ke apa, mungkin terharu dan ada gembira juga. yana tengok banyak2 mini cooper beratur, nak convoi. yana hampir menitiskan air mata tau. baru yana rasa macam abang ziq sebenarnya dah bergelar suami orang. sekarang abang yana, yana kena kongsi dengan orang lain lah. okay, sekarang berbunyi macam yana sayang sangat abang ziq kan? ye, memang sangat sayang. mungkin tak berkesempatan untuk tunjuk je :') masa dalam kereta on the way nak pergi rumah penganti perempuan, yana tahan tau air mata, karang kak liza, akak, abang joe bahan yana kang kenapa tiba2 menangis. so, perlu berlagak macho di situ. hoho :)
sesampai rumah pengantin perempuan, semua angkat hantaran, yana macam, um um, abang ziq berarak masuk, yana masih lagi bertahan dan macho, bila time abang ziq bersanding. oh my god. tak percaya la abang yana sedang bersanding. ye, yana perlu menerima hakikat abang ziq sudah kahwin, and yana sedihhhhh, dalam masa yang sama, yana gembira untuk abang ziq. alangkah bagusnya kalau mama dan ayah dapat tengok kannn? abang ziq yana paling nakal dan satu2nya lelaki dalam family kita sudah bergelar suami orang lahhh. hum, mesti mama dengan ayah gembira. okay dah, tak nak cakap banyak. sekarang berasa sedih, sebak dan ingin menitiskan air mata. fuhh! bertabah yana. senyum! :) :) :)

*kembali tenang* sambung tapi kita pendekkan. so, bila dah habis bersanding makan semua amik gambar, kitorg pun dah nak balik, yana gembira yana ada gambar dengan abang ziq. ye, gembira sangat. bergambar dengan pengantin lelaki, dengan abang sayang. gambar tu kita sangat gembira okayy, tapi ada ain sibuk pula dalam gambar tu pula. haha. okay2, kidding. okay dah, penat dah cerita. ini entry khas untuk abang ziq okayy. hargainya tau. i love you abang! :)

kami adik abang yang gembira dan ceria kan :)







okay dah, itu je :) cukup lah kan? jika mahu, boleh layari facebook yana. abang ziq, semoga menjadi suami yang soleh ye? bai bai ;)


2 comments:

  1. thanx adik abg pun syg adik sgt2...
    jaga diri baik2 k...
    ade pae2 btao la abg k.jgn diam je.walau abg jauh dr adk tp at abg tetap ade dkt ngan adik k.

    ReplyDelete
  2. okayy, tak diam :) ye, yana jaga diri baik2, abang ziq pun, jaga diri baik2. terima kasih kerana ada..

    ReplyDelete