Monday, June 11, 2012

mungkin ku lupa padaNya

salam subuh.

yana bangun awal, buat assignment. nak buat malam tadi sebenarnya tapi tak larat. mungkin kerana kenyang sangat, dan juga penat. Subhanallah, berdosa rasanya makan kenyang sangat. nafsu betul. patutlah kawan pun tegur yana semakin berisi. jadi nya yana minta fandi tolong kejutkan sebelum dia tidur. he did, tapi yana tak terbangun. there were like, 12 missed calls i guess. minta maaf ye, yana tak sedar. fandi nak exam pula petang ni, tapi dia yang kena kejutkan yana. minta maaf lagi ye. good luck fandi!

semalam, yana resah gelisah, risau sangat, tapi tatau apa yang dirisaukan. susah hati, tak tenang, nak marah je. ada je benda yang tak kena. sepanjang hari rasa macam tu. jadinya petang tu, yana tanya kak saerah, apa yana boleh buat, yana susah hati, dan yana uzur. kak saerah nasihatkan supaya berzikir, bertasbih, baca surah insyirah. ya Allah, leka dan lupa yana padaNya. kepada siapa lagi yana nak minta pertolongan, ketenangan dan segalanya selain daripadaNya kan.

bila perdengarkan zikir-zikir yang ada, terjemahan surah al-insyirah, sayu rasa hati, bersalah, hiba, semua perasaan bercampur-baur. air mata terasa seperti ingin mengalir. ya Allah, sebak rasa di dada ni hanya Dia je yang tahu. Kau lindungi lah aku, Kau tunjukkan lah aku jalan yang benar, Kau pelihara lah aku dari perkara yang lagho, Kau tenangkan lah aku. ye, pada siapa lagi kita nak minta selain daripadaNya bukan. maafkan aku kerana telah lalai dan jauh daripadaMu.

ya Allah, semoga aku sentiasa mengingatiMu, tidak leka dan alpa pada suruhanMu. bantu lah aku dalam setiap urusan. aku yang masih jahil dan kekurangan ilmu ini ingin belajar untuk lebih mendekatiMu. ye, kini mengalir air mataku bila mengenangkan segala-galanya. tatkala aku bersedia untuk berubah, aku tiba-tiba menjadi tidak cukup kuat untuk berubah. kuatkan lah hati ku, teguhkan lah iman ku ya Allah.

hanya kerana berasa susah hati, aku kini sedar. semoga aku semakin dekat padaMu. insyaAllah.