Friday, December 10, 2010

diet lah konon

salam. kenapa perlu berdiet? mesti la sebab dah gemuk kan? dan ye, memang yana dah gemuk.

semalam, ouh, tak, salah, bukan semalam, hari rabu, yana keluar dengan akak, dengan raisha, pergi tesco, nak beli barang2 dapur. jadinya, tiba2, yana kata,

'akak, yana nak beli cereal la, nak diet. nak susu sekali eh?'
'ha, okay2, nanti ingatkan akak'

itu niatnya ialah untuk berdiet. aww~ semangat habis kan? ahaks. okay, dah habis beli barang, yana pun terus menuju ke tempat cornflakes, apa bagai semua tu kan. ouh, masa ni susu dah amik dah. okay, yana pun cari la makanan yang terbaik kan, last2, pergi amik koko crunch. haha. tak remaja langsung kan? :P okay, diam! who cares remaja ke tak. lalala

lepas tu, tiba2 macam, 'eh, tak nak la' sebab tiba2 terpandangn nestle fitness. nak tau kenapa yana tertarik sangat dengan nestle fitness tu? hehehe.

sebabnya, di belakang kotak nya ada, 'cabaran 14 hari' haha. alamak, terpengaruh pula. lepas tu yana pun pilih honey and almond punya sebab yana suka honeyyyyy. suka semua yang manissss. awww~

okay, sambil tengah jalan nak pergi cashier tu, dah terbayang2 dah nak ikut apa yang disarankan. wow, malam tu, berjaya ouh! yea! sukaaaa, gembiraaaaa. hihihi

keesokan hari nya, dah semangat dah nak makan cereal ni, dekat rumah ada yang tak habis lagi fitness fruits punya, jadinya yana ingat nak makan la tu. tiba2,

'adik, ni ada lebih nasi lemak, kak liza tak sempat nak bawa pergi kerja tadi, meh sini makan ni'

and i was like, whattt? -.- *sigh* apa nak buat, terpaksa la makan. grrrrrr. dan, tengah hari nya, terpaksa makan cucur udang. berminyakkkk. ho my ho my, apa la nak terjadi dengan diet yana. kesedihannya. okay, tak pe. malam nanti makan cereal okay yana! so, malam pun hampir tiba, tapi perut yana dah terlalu pedih, jadinya yana pun makan la cereal tu, dengan susu FULL CREAM! sebab akak suruh habiskan susu tu dulu, baru buka yang baru beli tu. okay okay, yana patuh!

dan malam pun tiba, kak liza call,

'adik, hari ni nak makan apa? kuew tiaw kerang nak? sup gearbox? size s, m , l?
'ha? ala kak liza, hari ni yana tak nak makan la. tapi sup gearbox pun boleh la'

aha, dan makan malam pun menjelang dannnnnnnn, ya Allah, yana 2 mangkuk sup gearbox tuuuuuuuu -.- istighfar banyak2 yana. apa la sudah terjadi dengan cabaran 14 hari ni?? sehari pun tak sampai lagi ouhhh. haigoo haigooo. -.-

dan hari ni? sudah termaktub terang lagi bersuluh, selamat tinggal cabaran 14 hari. yana dah makan semangkuk laksa, dua pinggan nasi (tengah hari dan malam) 2 keping karipap.

cabaran 14 hari? sudah la, lupakan. yana memang tak mungkin boleh diet. tengok, 1 hari pun tak sampai, ape tah lagi nak tunggu 14 hari kan? haha. bye bye :)

9 comments:

  1. yanami xgemokla.
    gigit kan ;)
    fun size, i mean girl yg xtinggi keh3 xsesuai kwos. cyes xlawa. chubby2 omeyomey :)
    btw mas kan klu ase nk mkn, mkn baby tomato. sedap2 xmasam n brt pn xnaek. hehe.

    ReplyDelete
  2. ala. see see see. masshie kata kita chubby -.- isk isk. terpaksa nak kurus sikit. tapiiii, macam tak mungkin :( baby tomato? ouch! kurang menggemari kerana dia lembik2 :D

    ReplyDelete
  3. hahahhaha. dah. ta payah nak diet lagi okay.

    ReplyDelete
  4. kak ain : hee~ tapi tetap akan berusaha diet jugak. one last time, kalau tak jadi, memang boo lah yana -.-
    m : ehh, m dah lama tak jumpa kita la. kita dah muk2 sikit :(

    ReplyDelete
  5. hahaha....
    mknn tuh semua menggoda kowt
    rini kate nak diet
    tup tap
    satg mak masak mee rebus la pe la
    mane tak tercabar iman ye dak
    ^_^

    ReplyDelete
  6. caca : lohh, takkan tak nampak aku sudah muk2 wehhh -.-
    miss stranger : ye memang betul sekaliiii, makanan itu ialah sesuatu yang menggoda -.-

    ReplyDelete
  7. Hye I've chaged my blog URL would you pls follow me back? :)
    X

    ReplyDelete