salam. malam tadi yana tidur, and terjaga lebih kurang pukul 430am sebab masa tu kak liza bangun cari hp dia, and tiba2 dia kata raisha demam. yana tolong dia ambil kain and air, sebab kak liza nak lap kan badan raisha. and letak cool fever terus.
and pagi ni, raisha datang dekat yana lepas tu usap2 kepala yana. ouh, itu memang rtin harian dia, dia memang akan bangun dulu daripada yana, and lepas tu dia memang, pasti dan mesti datang dekat yana, and usap2 kepala yana. kadang2 tu, dia akan ambil la sesuatu untuk tarik perhatian yana untuk bangun, adeih, tapi syg, minta maaf ye, cue yana tak larat nak bangun la syg. betul2 tak larat sangat.
pernah sekali tu, masa tu lepas maghrib kot, yana tak larat sangat, yana kena food poisoning, jadi, badan macam lemah yang teramat sangat, and tertidur dekat cushion depan tv. and then, raisha datang dekat yana, banyak2 kali sangat dia datang, usap2 kepala, tangan, lepas tu, dia datang bawa kasut reebok dia, kasut tu akak beli masa dia umur belum setahun lagi, tapi tak muat, so beberapa hari sebelum hari yang yana kena food poisoning tu, yana ada la bagi dia cuba pakai, and dah nak muat la. betapa cepat nya dia membesar. ouh, balik kepada cerita, dia datang bawa kasut tu, letak dekat sebelah kepala yana, dia suruh yana pakaikan. aduhh, tersentuh hati tengok dia, tapi malangnya, yana memang tak larat nak bangun, and hanya mampu, 'syg, cue yana tak larat, nanti la ye?'
dan hari ni, bila yana bangun, kemas tempat tidur, dia masih lagi ceria macam biasa. tapi dalam masa yang sama, badan dia panas. lebih panas daripada malam td. yana bagi dia mandi, sementara tu akak buat kek, ada 2 order hari ni. yana mandikan dia, lepas tu, dia main2 kejap, lepas tu yana bagi dia nenen dia. dia fully breast feed, jadinya kakliza ada simpan susu raisha dalam peti ais, so yana panaskan je. aww syg, raisha bagus sangat sebab dia masih nak breast feed. tapi, kurang dah la daripada dulu, dah besarkan. tp ni kena pelan2 belajar berhenti nenen dah, kena minum susu biasa, and sekarang dia tengah belajar minum pediasure, susu tu je dia nak, yg lain mungkin bau susu tu kuat kot, jadinya, dia tak nak.
ouh, jadi bila dia nenen tu, memang dia akan terus tidur. bila dia dah tidur, baru la boleh buat kerja lain kan. tp sambil2 tu, yana akn pergi juga jenguk2 dia dalam bilik, lap2 badan dia. kesian dia, masa yana lap2 badan dia, menggigil dia. 'ye syg, cue yana tahu sejuk, tapi tahan sikit ye, raisha nak sihat kan', hati kecil berkata. ada la dalam tiga kali yana lap2 sambil dia tidur selama 2jam setengah tu. bila dia bangun, dalam pukul 130pm macam tu, yana bagi dia mandi salin baju semua, and lepas tu bagi dia makan. sementara tu ada la dia main sana sini. ouh, masa ni akak pergi hantar kek.
paling yana macam tersentuh and sedih bila, masa yana suap tu, dia tak macam demam pun, dia masih lagi berselera makan, banyak pula tu. kesian raisha, ibu kerja, ayah pula jauh dekat shah alam. 'syg, makan banyak2 tau, nanti baru la cepat sihat' selalu kadang2 tu, ada la juga yana marah dia itu ini, tapi hari ni, tak sampai hati pula nak marah. terasa macam nak menitis air mata. aduh, ini baru anak saudara ni, belum anak sendiri. but it's a good thing i guess, kan? memang la raisha ni kawan gaduh apa semua, tapi dia ni juga la kesayangan yana. salah, bukan yana sorang la tapi, kesayangan semua orang. bak kata tok, dia ni pak lawak. suka buat lawak. kadang2 tu, rasa macam nak pukul2 gigit2 je sebab geram sangat, comel sangat. haha.
and raisha ni dia suka sangat2 tengok video clip kumpulan snsd, lagu gee dengan oh tu. mungkin sebab video clip tu colourful and banyak menari2. kak liza ada kata nak balik, nak tengok raisha, jadinya, sementara tunggu tu, yana bagi la raisha tengok video clip tu, main2. kak liza sampai rumah, bawa ubat untuk raisha sekali. kesian juga dekat kak liza, tengok anak dia tak sihat. masa tu, baru raisha ada nangis2, mungkin sebab nampak ibu dia kot. masa nak bagi ubat tu, biasa la, budak2, mana la nak suka makan ubat kan, menangis teruk raisha. kak liza pegang raisha, yana tolong bagi ubat, dia makan guna syringe tu. habis je semua, terus dia muntah. habis semua makanan yang makan tadi, ubat, semua keluar. kesian yana tengok dia, yana cepat2 lari pergi dapur, amik kain. and lagi sekali, suapkan raisha ubat.
habis semua, kak liza mandikan raisha, and dia pun mandi, dia kena pergi kerja semula. nasib baik la tak jauh dari rumah bank nya. raisha ni bagus, dia tak nangis ibu nak pergi kerja, siap bye2 ibu lagi. haii, lagi la cue yana rasa syg dekat raisha. ibu pergi kerja, tak lama lepas tu, akak pun sampai, akak bawa makanan sekali, nasi ayam. bagi la raisha makan sikit, sebab perut dia dah kosongkan, selesai makan apa semua, yana bawa raisha masuk bilik, and bagi dia nenen sekali lagi. sehari raisha minum 2 botol sebanyak 5oz setiap satu. and malam, kak liza akan bagi sendiri dekat raisha.
yana sebenarnya baru lepas tidurkan raisha. baru dapat berblogging ni kejap. kesian dia, habis nenen tadi, dia macam susah sikit nak tidur. yana tepuk2 dia, usap2 dia. kesiannya ya Allah dekat si kecil ni. syg sangat. dan alhamdulillah, sekejap je dia dah tidur. semoga raisha cepat sihat. risau yana. okayy, yana nak pergi lap2 badan dia. salam
raisha, cepat sihat tau, cue yana tak de kawan nak gaduh2 :')
hati aku tersentuh. sebak wuwuu benci kau. :'(
ReplyDeleteitu baru anak sedara kan? macam mane la anak yg lahir dari perut kita nanti. oh sekali lg kesedihan. :(
aku paham. kerana aku juga adalah seorang ibu sedara. naluri keibuan tu memang otomatik akan ada. get well soon raisha.. :)
diba : weh, geli gila okayy. 'auntie diba' :) ouh ye, memang sangat tak dapat la nak dibayangkan kan kalau anak aku weh :( semoga raisha cepat sihat!
ReplyDeleteso sweet :O
ReplyDeletecik yana yg comel..yana dpt award..amek kat blog M ye
ReplyDeletect : hihi, thank youu
ReplyDeletem : ouch, touched. hihi. terima kasih m :)