
hari ni, seharian yana baca landscape vernacular history. lebih kurang macam tu la nama subject nya. yana pun tak berapa nak ingat. teeheehee. maafkan lah. so, ceritanya di sini ialah, yana sangat lemah sejarah. bukan lemah ye, sangat lemah. kesedihan

tapi malangnya, masuk form 1, 2 , 3 dan seterusnya, sejarah yana tak pernah A. cerita sedih kan. bukan setakat A, B pun jarang-jarang

so, yana tersangatlah bertungkus-lumus membaca notes pokya ni. okay, salah ye, tak berapa nak tungkus-lumus, tapi berusaha la juga. notes2 dia ni yana sakit hati sikit baca nya, since ada ayat dia macam tergantung, ayat dia macam tak ada maksud, dan ayat dia mengelirukan, selain di slide ini katanya lain, di slide yang lain katanya lain. apakah itu?

jadi, malam ni yana macam stress juga la. kamus siap ada dekat sebelah, tapi malangnya, ada juga perkataan yang tidak didapati dalam kamus ni. dan akhirnya yana kata 'peduli laaaaa. buat-buat faham je laaaaa'

"test batal..tlg bgtau yg len"
and yana terus tolak pintu hed dengan machonya serta memberitahu, test batal!


okay dah, enough. mata yana dah bagi hint ni. minta direhat. okay janji *insyaAllah* akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh lebih sikit berbanding hari lain. readers, doakan yana

btw, yana actually craving for 1901's hotdog, and tadi perjalanan pergi balik berjalan kaki selama sejam berbaloi kerana berjaya membawa pulang favourite yana deutsch doodle dang! and perut sangat selesa

No comments:
Post a Comment