Saturday, December 4, 2010

selepas kenduri, dengar cerita ngeri

salam. tadi yana pergi kenduri dengan akak, kak liza dan raksasa. nak tahu, disebabkan yana malas nak gosok baju, yana grab je ada satu baju kurung ni, yana pakai masa zaman sekolah. know what? baju tu kelihatan BESAR sekali!!!! ternyata yana gemuk dulu. ye la, mana tak nya, dulu berat yana masa mula2 masuk mrsm, 48!!! ho my ho my, takutkan dengar. ye la! mesti la takut, yana ni tak pendek, ouh salah, yana tak tinggi pun. *sigh* dan sekarang? ouh, tak perlu dinyatakan di sini. TAPI!!! naik 2kg juga -.- akak kata, 2kg tu tak pergi mana pun. dia pergi dekat muntut. malu nak cakap. sedih. akak tipu! takkan sampai 2kg kat situ kan. hoishhh!

ouh, okay, dah2 la angkat bakul sendiri kan? pukul karang baru tahu. hoho! tadi pergi kenduri jalan kaki je sebab dua2 kenduri pun dekat tersangatlah dengan rumah. balik dari kenduri, singgah rumah kawan akak, dia baru lepas pantang.

ha, apa lagi, biasa la, orang dewasa kalau dapat bertemu, apa lagi la yang dibincangkan? rumah tangga, anak beranak. kan kan kan? ha, kali ni, yana dengar diorang bercerita pasal baru lepas bersalin. potong sini sana. jahit sini sana. aduh, terasa pedih2 denyut2 kuat jantung ni. senak pun ada rasanya. aigooooo, jangan la cerita, yana yang dengar ni terasa tak nak bersalin! biar anak tiba2 je ada kat sebelah. ho my ho my -.-'

ouh, kemudian, diorang cerita pasal GH Ipoh, cakap pasal kawan diorang la ni. *walaupun senak, nak juga la kan tahu gosip2 diorang ni. hoho!* namanya A la kita bagi eh. A ni dia bersalin dekat GH Ipoh. nak tahu apa orang2 tu buat? diorang salah jahit! bukan sekali tapi dua kali ye! dah jahit, kena buka pula, tunjuk dekat apa la tah kan, siap tekan2 lagi kat situ. yang si A ni terasa macam  nak sepak2 dah si penjahit ni.

dah betulkan, tunjuk pula pada doktor, doktor kata salah LAGI! ya Allah ya tuhanku, kasihannya dia. yana yang dengar ni, terasa macam nak tershi shi dibuatnya. apetah lagi orang yang merasainya. Subhanallah, minta2 la dijauhkan semua tu.

ada pula diorang cerita, diorang gunting sampai ke muntut. Astaghfirullahalazim. itu lagi ngeri kan? benda2 macam ni, jangan la kita amik sambil lewa. buat bakal doktor atau yang bakal menjalani praktikal ke apa ke, buat lah betul2, kita seolah2 menganiaya orang je. kesian orang yang mengalaminya tu.

hai, banyak sangat yana dengar diorang cerita. jantung dah berdegup laju, goyang2 agaknya kat dalam ni. aigoo aigoo.semoga jangan la yana berdepan dengan situasi macam ni. Alhamdulillah kak liza bersalinkan raisha, okay, tak de pape.

oh, in addition, yang pasal si A tadi tu, diorang dah jahit, tengok2, cuci pula tak bersih. ya Allah! banyak betul dugaan dan cabaran dia. itu la pengorbanan seorang ibu tu. diorang boleh korek2 pula nak cuci apa bagai semua tu lah. adeih2, sakit perut yana rasanya.

fuhh, sudah2 la yana cerita. mudah mudahan kita semua dijauhkan la daripada semua kesulitan tu. InsyaAllah, Amin.

*eh2, macam matang GILA kan entry yana kali ni? hahahaha :P*

3 comments:

  1. owh yana..mmg seram sgt cerita ini mengalahkan cerita hantu di malam hari..tulah dy klau government nye hospital..nk elok sket g private je..M punye mkcik pon ckp gituh..cume mahal sket la tp anyhow service dorg okay..ada kawan makcik ni bersalin di GH mane tah n anak dy meninggal atas kecuaian doktor ...see..last2..skrg dy bersalin di private jer

    ReplyDelete
  2. kak wan telah di tag :) join tau contest tu

    ReplyDelete
  3. m : ha, itu la pasal, dengar GH je, pelbagai tanggapan negatif dah. tapi rasa macam tak baik pula. tapi nak buat macam mana kan? asihan makcik m tu :(
    farhana : alahai, kak can tak pernah join contest mana2 pun syg :(

    ReplyDelete