Wednesday, May 23, 2012

improving myself

salam

muslimah yang sejati serta sempurna, seronoknya untuk jadi salah seorang dari mereka. dari segi tingkah laku, pemakaian, perhubungan dan sebagainya. bila ingat dosa, ya Allah, takutnya. berilah petunjuk padaku ya Allah.  perjalanan ku masih panjang. bantu lah aku dalam perjalanan ini ya Allah. lindungi lah aku. jauhi lah aku dari segala kemungkaranmu.

kawan yang jauh

salam dan hi semorang.

masa sekolah dulu, she used to be one of my bestfriend. seriously. tapi sekarang, bukan la maksudnya sekarang, mungkin sejak masuk matrik kot, dia jadi tak dah. sekarang dah sama pula universiti. tatau la. makin dekat terasa makin jauh. tapi sekarang mungkin rasa dekat sikit kot. tapi mungkin tak lagi kot sebagai bestfriend. entah. i guess, dia memang tak rasa benda yang sama kot. hewhew. perasan syok sendiri. haha. gelak sikit2 je okay.

and lately, dia tak sihat, berjangkit dari yana barangkali? sebelum ni 3 minggu juga la yana tak sihat, batuk teruk sampai terasa nak keluar jantung mungkin? demam masa awal2 je, and sekarang masih tinggal saki baki batuk. haih, dia pula dah tak sihat dah seminggu kot? demam kebah demam kebah. batuk teruk juga. terasa bersalah, mungkin dia jangkit dari yana? jadinya yana sangat risau la kan. terasa macam perlu pastikan dia makan ubat semua pun lah. semoga dia cepat risau dan tak ada apa2. dear friend, get well soon, eat well, sleep well, study well.

*i noticed something in myself, yana tak dapat nak luahkan sepenuhnya apa yana rasa. mungkin sebab dah lama tak menulis kot?*

Tuesday, May 22, 2012

yang dikejar tak dapat, last2 gaduh kecil

salam semorang! hi!

petang tadi kelas construct, entah la kenapa tiba2 nak makan steamboat. nak teramat sangat nak. semua ed punya pasal lah. tiba2 menimbulkan isu steamboat. last2 tak dapat makan. kenapa? sebab transport. eh tak suka lah masalah transport ni. sampai jadi marah kot.

permulaan cerita,
flaming ada dekat seksyen33 shah alam. baru ke? baru kan? sebab macam tak pernah dengar pun dia dekat sana. lepas tu tak jadi. sebab tak ada transport. biasa lah, itu memang masalah utama dan besar sangat, gaduh pun boleh jadi juga.

kemudian,
teringat fandi cerita yang dia selalu makan steamboat dekat dengan MARDI serdang. so mula2 buat la ayat kias dekat fandi tanya lalalalala. tup tap tup tap, dia ada meeting. sedih la gilaaaaaaaa. aku dengan ed punya la nak sangat steamboat entah la kenapa. last2, aku terasa hati dengan fandi, fandi pun terasa hati dengan aku -.-' tapi sekarang dah okay. chill! we're fine, we're young, we're fun!

conclusion,
tak pergi mana. duduk rumah makan apa yang di masak tengah hari tadi. pengajaran, jangan mengharap sesuatu yang tak pasti kelak akan kecewa di kemudian hari. assalamualaikum, selamat malam semorang. bye!

*semoga sem depan akak bagi kereta bawa pergi praktikal lepas tu nak pergi makan jauh2 jalan jauh2 sebab sem8 nanti comfirm akak tarik balik kereta dan akan sedih tak boleh makan jauh jalan jauh jalan kaki pergi kelas yang dirasakan sangat memenatkan dan fed up! okay tamat bye*

hi!


salam! hi semorang.

new appearance. tenang mata melihat blog sendiri. the simpler, the better. ahah! baru sekarang nak ingat kan. dulu bukan main letak gambar sendiri bagai. maaf lah. tak tahu lah kenapa dulu macam tu. kini tidak lagi. yang lepas biar lah lepas.

so jumaat ni balik. salah silap! yana tak balik kot jumaat. tak tahu lah. kak liza ajak balik dengan dia sekali hari selasa. dia pergi genting. tak nak lah ikut. kak liza abang heikal and raisha jarang sangat bertiga. so, biar lah diorang bertiga anak beranak bercuti berseronok kan. biar adik di sini seorang *cerita sedih* hahaha. tak tak. sebenarnya nak duduk rehat tak nak buat apa goyang kaki je. tapi macam scary lah duduk rumah sorang2 pula. tapi tengok lah macam mana.

uitm ada cuti, seminggu. kau ado? hewhew. dua kali tau cuti mid sem kami. sebab tu kononnya kalau tak balik jumaat. itu memang seronok. tapi bila semua orang dah habis exam, kami baru nak start. itu tak seronok, untuk orang lain la. sorry bro. kami student landscape habis awal. dua paper je. i love! *haah, masa ni la i love, masa lain kau duduk bersengkang mata orang lain tidur, masa tu jadi i hate you landscape!*

sekarang dah tak tahu nak cakap apa. kerana sudah jarang sekali mengarang post. setahun sekali mungkin? mari kita rajin untuk mengarang mulai hari ni. aja aja fighting! :) assalamualaikum semorang. semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan semoga esok lebih baik dari hari ni. bye bye