Friday, January 7, 2011

semasa bergelar si kecil

salam. 4/1 baru je lepas, hari jadi mama. jadi, macam-macam perkara yana ingat. apa yang yana suka buat masa kecil, apa yang yana tak suka, nak tahu apa yang yana suka? mari mari, mari kenali yana semasa bergelar si kecil.

1. yana suka gigit mama
2. yana suka dan akan paksa mama kiss yana sebelum mama pergi kerja, sebab nanti ada bekas lipstick mama dekat pipi yana
3. yana suka naik motor, dan akan paksa ayah bawa yana naik motor ke sana ke mari sebelum ayah pergi, dan balik kerja
4. yana suka bila ayah balik, ayah akan lambung yana tinggi tinggi.
5. yana suka bila mama panggil yana to'to' dengan adik baby, tapi macam kadang kadang tu malu sikit
6. yana suka panggil adik beradik yana kome, bila diorang tak dengar apa yana cakap. yana akan jerit kuat kuat
7. yana suka suruh mama dukung yana bila yana dah tak larat nak jalan. bila ayah nampak, ayah akan suruh yana turun, and pelan pelan, yana akan gelungsur turun :(
8. yana suka warna kuning, sebab akak suka warna kuning
9. yana suka suruh pembantu rumah yana bawa banyak banyak cekedis dengan coklat sorok sorok, bila mama pergi kerja, yana akan tanya, 'ada tak cekedis dengan coklat yana?'
10. yana suka main dan sangat hebat bermain roller blade. percaya? tolong lah percaya. ini bukan gurauan
11. yana suka berpakaian lelaki, dan cap, and pernah masa yana pergi A&W ada seorang budak lelaki ni dia cakap dengan yana, 'abang, jom la main dekat atas'
12. yana suka main baling selipar juga masa petang, dengan kawan kawan lelaki
13. yana suka main getah masa dekat sekolah agama. tahu tak main getah tu macam mana? ala, yang lompat lompat tu, ha, tahu kan?
14. yana suka sangat sangat makan gula gula nano nano, sampaikan, tok yana pun suka, sehingga lah sekarang
15. yana suka pakai terompah. hihihi
16. yana suka pakai spek, jadinya, mama terpaksa belikan yana spek yang tak de power, dan sekarang, yana tak suka pakai spek, tapi apakan daya, power mata kini 450 450 -.-
17. yana ada ramai adik angkat. haha. kelakar kan? malunya bila ingat balik, siap ada gaduh gaduh lagi
18. yana suka duduk tengah tengah bila duduk dekat belakang, dalam kereta, sebab nanti dapat air cond banyak, and sejuk.
19. yana suka tidur dengan mama, dan sentiasa tidur dengan mama sampai la yana form3, yang mana, yana tak mungkin dapat tidur dengan mama dah (masa dah besar sikit, lepas ayah tak de)
20. yana suka buat buat takut nak balik bilik bila lepas shi shi (bila nak shi shi, yana akan ketuk pintu bilik ayah dengan mama) lepas tu nanti yana akan tidur dengan ayah dan mama. yeay! :)

okay dah, tamat. cukup la senarai kesukaan yana. mostly, semua tu sebelum yana meningkat ke darjah 1. till then, bye bye.